24/09/13

Macai (Tribute buat Tongkat Warrant)

Macai (Tribute buat Tongkat Warrant)

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia macai
Untuk tidak mewarisi miskin ayahmu. 

Lihat pembodek-pembodek yang macai
Memiliki harta dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi kaya
Tanpa memiliki sifat macai

10/09/13

saksi orang kecil-kecil

kerana kami bukan orang besar-besar
bilik syarahan kami tanpa aircond
meja kami bergoyang
kerusi kami keras batu

kerana dia bukan orang kecil-kecil
bilik syarahan dihias baru
meja bergoyang ditukar baru
kerusi keras ditukar baru

kerana kami bukan orang besar-besar
kerana dia bukan orang kecil-kecil

kerana kami bukan orang besar-besar
jalan kami penuh lubang
anak jiran patah tangan
motor tersadai di pembahagi jalan

kerana dia bukan orang kecil-kecil
jalannya hitam berkilat
yang berlubang ditampal baru
yang tidak berlubang
dibuat baru

kerana kami bukan orang besar-besar
kerana dia bukan orang kecil-kecil

kerana kami bukan orang besar-besar
padang kami penuh lalang
kemuncup duri semalu

kerana dia bukan orang kecil-kecil
padang kemuncup dipotong rapi
untuk berkat
sesaat dua

kerana kami bukan orang besar-besar
kerana dia bukan orang kecil-kecil

moot court
mph
shas mosque
lubang-lubang jalanan

engkau saksi
betapa kemunafikan
demi memuaskan
dia
yang bukan orang kecil-kecil.