30/08/15

It's F̶r̶i̶d̶a̶y̶ Sunday I'm In Love


I’m in love with someone. 
For the first time in my life, I’m in love with someone which is not typical someone whom I normally fall in love with.
Is she beautiful? Yes, she is. But it’s not the face that attracts me the most. 
To be honest, it was because of her name that kept me thinking about her. She got one of the most beautiful names in the world. 
This may sound stupid, but yeah, I’m stupid just like that.

20/08/15

pelangi

kita mengejar pelangi
sampai ke hujungnya

yang kita temui
cuma kita sendiri

terpanah 7 warna
kita resah sendiri

13/08/15

pengadilan donat

Semoga terkena laknat
Wahai pengadilan donat
Penjilat macai yang khianat
Membuat universiti jadi tenat.

11/08/15

di dalam elarti

Elarti tiba akhirnya di platform. Dan seperti pagi yang lain-lainnya, sentiasa sarat dengan isian. Dan aku, sebagaimana robot-robot lain, masuk ke dalam perut elarti, berhimpitan, berlaga bahu.
Aku memilih untuk bersandar sahaja ke pintu elarti. Lebih selesa begini. Mataku bebas memerhatikan di dalam dan di luar elarti. Melihat kotak-kotak besi beratur di jalanan. Melihat robot-robot mengimbas data melalui peranti pintar mereka. What a view!
Aku mengemaskan earphone ke telinga. Suara Morrisey bingit menghentam gegendang telingaku. Aku tenggelam dalam kebingitan.
Di kiriku, seorang gadis sibuk menaip di Lenovonya. Skrin cukup besar untukku mengintai apa yang ditaipnya. Oh.. Kucingnya mati. Takziah, saudari. Walau kucingmu tak kukenal.
Mataku kembali ke luar elarti. Masih lagi kotak-kotak besi berhimpitan di jalanan. City life!
Elarti berhenti di Jelatek. Aku terpaksa keluar, memberi laluan untuk seorang pegawai keselamatan yang agak terhincut-hincut. Elarti terus meninggalkan platform. Dan si gadis sudah agak ke dalam. Tinggal aku terus bersandar di pintu.
Di hadapanku, juga seorang gadis, mengucap selamat pagi kepada temannya. Selamat pagi juga buatmu, saudari. Walau engkau tak kukenal.
Dia menaip lagi.
"Wayang malam ini?"
"Cerita apa?"
"Entah. Apa yang best?"
"Tengok la dalam website."
Bosan.
Aku menaikkan lagi suara Morissey. You're the One for me, fatty.
Elarti akhirnya memasuki terowong menuju ke Ampang Park. Tiada lagi pemandangan kotak-kotak besi di luar. Mataku kini terbatas di antara kiri kanan atas bawah lipan besi ini sahaja. Memerhati robot-robot mengimbas maklumat dari peranti pintar mereka.
Si gadis kematian kucing tadi sudah duduk di kerusi. Mungkin ada yang bersimpati padanya yang sudi memberikan tempat duduk kepadanya. Atau mungkin juga kerusi itu kosong, maka dia memilih untuk duduk.
Si gadis yang masih belum tahu apa filem yang ditayangkan malam ini pula masih setia di hadapanku. Sudah tidak berWhatsapp. Dia berFacebook pula. Social media!
Tiba di KLCC, hampir separuh robot meninggalkan perut elarti. Tinggal aku dan robot-robot yang setia mengimbas maklumat dari peranti pintar mereka.
Morissey masih setia membingitkan gegendang telinga ku. Bersyarah tentang puisi pula dia. If you must write prose and poems, the words you use should be your own. Don't plagiarise or take "on loans".
Elarti terus bergerak dan akhirnya sampai juga ke Masjid Jamek. Dan aku keluar, memasuki barisan panjang, 'berdiri di sebelah kiri'.

10/08/15

di kinokuniya

Aku ke Kinokuniya lagi. Entah untuk kali ke berapa bulan ini. Walaupun poketku cuma cukup sekadar menghalangku dari makan mi segera, aku singgah juga ke Kino. Entah untuk kali ke berapa bulan ini.
Rak pertama yang aku tuju sudah pasti buku-buku Dostoevsky, penulis agung Russia. Tapi setiap kali ke sini, aku dihampakan dengan stok buku yang tidak dikemaskini. Yang ada hanyalah buku-buku yang sama sahaja sebagaimana kunjungan aku sebelum ini.
Walaupun sudah berkali-kali aku ke sini, dan kunjungan ini pun entah untuk kali ke berapa bulan ini, namun sama sahaja. Buku-buku yang sudah aku miliki.
Aku beralih pula ke rak Murakami. Walaupun hampir kesemua sudah aku miliki, tapi aku tidak bosan untuk ke sini, walau sekadar membelek-belek melihat-lihat kulitnya sahaja.
Aku meneliti satu persatu bukunya. Hujung jari ku larikan pada tajuk-tajuk yang tercetak. Dan ku ambil mana-mana judul yang menarik perhatianku, walaupun sudah ku miliki. Tidak pasti apa sebabnya, terasa seperti satu ritual untukku membelek-belek buku-buku Murakami.
Aku mengambil Kafka On The Shore. Sudah habis ku baca. Design hadapannya cukup menarik, sebagaimana menarik harganya. Aku sudah memilikinya, tetapi edisi yang berbeza, yang lebih murah, sesuai sebagaimana saiz poketku.
Aku meletakkannya kembali. Aku menggerakkan tanganku untuk mencapai Dance Dance Dance. Dan ketika itulah juga buku itu turut dicapai tangan lain. Tersentak, aku berpaling ke kananku.
Dan terpaku aku melihat si dia yang turut berpaling ke arah ku. Kami sama-sama memegang Dance Dance Dance. Kedua-duanya seakan tidak mahu beralah. Atau mungkin kami tidak mahu mengakhiri detik istimewa ini.
Namun sekelip mata juga, kami saling tersenyum dan aku melepaskan buku itu kepadanya.
"Maaf," kataku sambil menghindar sedikit dari rak.
"Tak apa," katanya manis sambil tersenyum. Mukanya bulat, dengan sedikit eyeliner menyerlahkan lagi matanya.
Aku mahu berkata sesuatu. Dan dia memandang seakan menanti. Tapi kakiku ternyata mengkhianatiku. Aku berundur ke belakang. Dan beralih ke rak yang lain.
Terasa seperti hujung matanya memerhatikan setiap langkahku.
Kalaulah aku lebih berani, mungkin aku akan bertanya kepadanya, minat Murakami? Dan mungkin dia juga akan membalas, ya, minat juga. Dan dari situ kami akan terus bercakap tentang minat kami pada buku-buku, bagaimana beberapa kali setiap bulan kami pasti ke sini, mencari buku-buku baru. Dan tidak mustahil juga kami akan ke kafe di tingkat atas, melanjutkan lagi perbualan dengan sepotong kek.
"Sudah lama baca Murakami?"
"Baru nak mula baca, ramai rakan yang cadangkan, jadi ingin juga tahu apa yang menariknya tentang Murakami."
Dan perbualan kami mungkin beralih pula ke daerah yang lebih peribadi.
Tapi kini aku sekadar berdiri membeku di ruangan komik. Di hadapanku The Complete Edition of Peanut. Wajah suram Charlie Brown seakan mengejek. Apakah hidupku bakal seperti Charlie Brown juga?

7/08/15

menunggu elarti

"Rosak pulak train hari ni."
"Itulah. Haih..."
"Selalu naik train ke?"
"Tak, hari ni je. Biasa ayah hantar."
"Oh. Ofis dekat KLCC?"
"Taklah, dekat ________. Tapi turun KLCC la."
"I see."
"Dah lewat ni. Train ni pun takda hari lain ke nak rosak."
"Haha. Nak buat macam mana. Saya hari-hari naik train dah masak dah dengan Rapid ni. Pelik kalau tak rosak."
"Itulah. Menyesal tak bawak buku."
"Suka baca buku ke?"
"Bolehlah, kadang-kadang."
"Buku apa?"
"Macam-macam tapi biasanya English novel la."
"Kalau nak baca buku saya boleh pinjamkan."
"Buku apa?"
"(bukak beg) Kebetulan hari ni saya bawak buku."
"Waaa, Murakami! Dah lama teringin nak baca."
"Maksudnya?"
"Selalu jugak tengok kawan-kawan baca Murakami ni. Tapi tak beli-beli pun lagi. Setakat baca gitu-gitu aje dekat MPH. Awak memang minat ke?"
"Bolehlah. Nak kata minat tu taklah sangat. Cuma saya ada hampir semua lah novel dia. Haha."
"Seriously?? Minat gila lah namanya tu. Macam mana awak boleh minat?"
"Entahlah. Macam mana nak cakap... Ermmm.. Watak-watak dia kebiasaannya biasa je, tak ada kelebihan sangat, dan tak perfect. Jadi kita boleh relate dengan diri sendiri. Tak macam penulis lain yang kalau boleh nak jadikan watak utama se perfect mungkin."
"Oooo.. Eh kalau saya pinjam ni, awak macam mana?"
"Tak apa, banyak lagi dekat rumah."

2/08/15

pah-san

Apa boleh buat ....
Kertas undi sudah dipangkah
Kerajaan sudah mengangkat sumpah
Kehidupan kini seumpama sampah
Buat apa hendak menyampah
Mereka yang kamu pangkah
Bukan kami tidak berpesan
Cuma kamu yang buat-buat bosan
Menjaja cerita dan 1001 alasan