8/08/16

In the Footsteps of the Prophet

Dengan bahasa yang mudah dan boleh dikatakan ringan, Tariq Ramadan menghuraikan peristiwa yang berlaku dengan penuh menarik dan pengajaran terbesar yang boleh diambil adalah: Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia. Adalah sangat penting untuk kita mengakui hakikat bahawa Nabi Muhammad adalah seorang manusia. Sudah jelas dinyatakan di dalam al-Quran bahawa yang membawa wahyu terakhir, penutup segala risalah kenabian ini bukanlah seorang malaikat, melainkan seorang manusia yang berjalan bersama-sama umatnya. Dengan mengakui kemanusiaan Baginda, kita menghargai betapa walaupun Baginda dipilih untuk membawa risalah kenabian, itu tidaklah bermakna Baginda terlepas dari dugaan dan sifat lemah seorang manusia. Sebagai manusia, Baginda diuji pula sebagaimana layaknya seorang manusia. Diuji dengan kesusahan, diuji dengan fitnah, diuji dengan cemuhan dan diuji juga dengan kesedihan. Seperti yang pernah juga dinyatakan oleh HAMKA di dalam tafsirnya: "Dia menangis, sebab dia manusia." Semua inilah yang sentiasa menanti kita di setiap persimpangan kehidupan yang kita lalui. Dan sebagai seorang manusia, yang sama seperti Muhammad, kita boleh mengutip pengajaran yang ditinggalkan Baginda kepada kita. Baik melalui kata-kata, baik melalui ikrar, baik melalui perbuatan. Semuanya mutiara yang boleh kita guna buat menghiasi diri kita pula. #instabooks #books #bookstagram #igbooks #booklovers #bookworm #instabuku #bookishire #igread #bacabuku #literature #reader #read #read4Malaysia #goodreadsMalaysia #bibliophile #booksoninstagram #booknerd #bookgram #bookishfeatures #tariqramadan - 🐑

A photo posted by bookishire (@bookishire_) on

Tiada ulasan:

Catat Ulasan